RATIONAL LOGO
Retro. Selain berandaian ianya melibatkan pemakaian , warna, era kegemilangan sesetengah fenomena , retro juga mempunyai maksud yang sangat meluas. Dan retro yang telah dikaitkan pada kali ini adalah sebagai memperingati zaman kegemilangan FSSR UiTM , Melaka yang sentiasa gemilang terbilang dan cemerlang sejak tahun 1994 ditubuhkan. Walaupun telah lebih sedekad FSSR UiTM , Melaka ditubuhkan , kegemilangan dan kecemerlangan tetap ditahap yang membanggakan dan tidak lapuk dek zaman. Kegemilangan dan kecemerlangan Tunas Ilham 18 pada kali ini telah berjaya mewujudkan semula memori dan zaman kegemilangan sejak penubuhan FSSR UiTM , Melaka yang telah melahirkan para graduan yang berpotensi dan cemerlang. Tahniah FSSR UiTM, Melaka sempena kegemilangan yang tidak pernah lapuk dek zaman dan terus maju jaya!