Kata-Kata Aluan
REKTOR UITM MELAKA Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin mengambil kesempatan dan peluang ini untuk merakam ucapan tahniah kepada semua siswa-siswi yang telah berjaya menyertai Tunas Ilham ke 18 2016 ini. Dengan penyertaan ini, saya percaya juga anda semua akan berjaya menamatkan Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam bidang masing-masing. Syabas dan tahniah! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya juga kepada Jawatan Kuasa penganjur pameran ini dan AJKnya di atas kejayaan mengadakan Pameran Tunas Ilham ke 18, 2016 ini. Saya yakin semua siswa-siswi ini sudah mempunyai perancangan seterusnya. Saya percaya sebahagian besarnya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sebahagian pula akan menyertai dunia kerjaya dan pekerjaan. Kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran kepada tahap yang lebih tinggi, teruskan berusaha hingga berjaya. Kepada mereka yang ingin terus ke alam kerjaya dan pekerjaan, saya mohon agar bawalah nama baik UiTM di mana jua anda berada....UiTM Sentiasa di Hatiku. Kepada semua pensyarah FSSR, syabas dan tahniah kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Saya yakin, hanya dengan kerja keras dan kesungguhan para pensyarah inilah yang membuahkan hasil kejayaan siswa-siswi hari ini. Kepada ibubapa, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada UiTM dalam mendidik dan mencorak anak-anak bangsa ini. Terima kasih di atas segala sokongan padu semua dalam mempastikan kejayaan anak-anak ini. Syabas dan Tahniah! Semoga terus berjaya. Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Bin Hashim Rektor UiTM Melaka. |
Kata-Kata Aluan
Timbalan Rektor (HAL EHWAL AKADEMIK) UITM MELAKA Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada Majlis Perasmian Pameran Diploma Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Tunas Ilham ke -18 yang diadakan pada pagi ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menyertai Pameran Tunas Ilham ini. Saya yakin semua pelajar telah berjaya memiliki ilmu dalam bidang masing-masing untuk mencorak masa hadapan yang lebih baik. Kita sedar betapa pentingnya ilmu dalam menggerakkan mobiliti masyarakat kepada kehidupan yang lebih baik. Peluang untuk belajar bukan satu peluang yang mudah diperolehi. Selain dari perlu berusaha keras untuk berjaya mendapat tempat belajar di universiti, kesungguhan usaha juga dituntut ketika berada di universiti untuk berjaya. Saya yakin kesemua pelajar yang mengambil bahagian dalam pameran ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kerana itulah pameran hari ini berjaya di adakan. Saya faham betapa masa dan wang ringgit telah dikorbankan dalam menyiapkan projek akhir ini semuanya atas keinginan dan kesungguhan menuntut ilmu. Di sebalik kejayaan pameran ini, yang lebih penting, ialah nilai ilmu yang telah diperolehi sepanjang proses dan usaha ini. Ilmu inilah yang tidak ternilai tingginya dalam membentuk pemikiran dan kematangan pelajar dalam menghadapi kehidupan mendatang. Dengan ilmu, seseorang itu pasti akan berjaya! Saya berdoa agar semua pelajar ini akan beroleh kejayaan dalam apa juga perancangan demi masa hadapan mereka. Pesan saya hanyalah, setinggi mana sekalipun kejayaan itu nanti, jangan sekali-kali lupa pada tempat kita mula menuntut ilmu ini dan mengenal dunia ini. Semoga terus berjaya. Tahniah dan terima kasih. Dr. Rani Diana Othman Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Melaka. |
Kata-Kata Aluan
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Melaka Assalamualaikum w.b.t. Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada semua siswa-siswi yang berjaya menyertai Pameran Tunas Ilham ke 18, 2016 ini. Saya tahu bahawa bukan mudah untuk belajar dalam bidang ini kerana bidang ini menuntut ilmu, bakat, kemahiran dan kreativiti. Bukan semua orang dianugerahkan dengan ciri-ciri ini, namun semua pelajar ini telah berjaya memiliki ciri-ciri ini dan mengguna pakai ciri-ciri ini menghasilkan karya-karya kreatif seperti yang terpamer pada pameran ini. Kesemua pelajar ini sudah berada pada penghujung Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam bidang masing-masing dan hampir pasti akan menamatkan program ini bila keputusan peperiksaan terakhir mereka ini akan diumumkan kelak. Kepada yang berjaya, saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah. Kepada yang tidak berjaya, teruskan berusaha hingga berjaya. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah FSSR kerana telah berjaya mendidik dan membentuk siswa-siswi ini. Saya yakin, setiap orang pensyarah itu ada peranan dan tanggungjawabnya ke atas kesemua pelajar ini untuk membawa mereka kepada kejayaan. Saya juga yakin semua pensyarah telah menjalankan tugas dengan baik dan bersungguh-sungguh dan apa yang kita lihat pada pameran ini ialah manifestasi kesungguhan pensyarah-pensyarah FSSR ini. Kepada pihak pentadbiran UiTM Melaka, di bawah Yang Berbahgia Rektor, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana telah memberi sokongan yang padu kepada FSSR. Saya yakin, sokongan inilah yang membawa kepada kejayaan FSSR dari masa ke masa. Setinggi-tinggi penghargaan dan rakaman ucapan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Tunas Ilham ke 18 di atas kejayaan mengadakan Pameran Tunas Ilham ke 18, 2016 ini. Akhir sekali, tahniah dan syabas kepada semua siswa-siswi dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Terima kasih. Dr Azahar Bin Harun Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Melaka |